Monday 12 December 2011

Aneka Nasi

Dunia masakan ini mempunyai keunikannya tersendiri. Terdapat jutaan menu yang pelbagai. Satu bahan itu sebenarnya boleh menghasilkan banyak menu yang berbeza. Contohnya daging. Seorang yang pakar dalam masak memasak ini akan dapat menghasilkan resipi yang berlainan menggunakan satu bahan sahaja. Daging salai, daging goreng, daging berempah, daging masak merah, gulai daging, sup daging dan banyak lagi. Begitulah kelebihan yang ada pada seorang chef. Begitu juga bagi seorang penulis. Bahan-bahan yang dipilih pada peringkat permulaan proses menulis itu diadun dan dikisarkan dengan olahan idea yang bernas lantas menerbitkan karya yang bermutu. Proses menulis ini jikalau diteliti sebenarnya seakan-akan mempunyai persamaan sahaja. Pemilihan bahan yang sesuai dan dimasukkan perisa-perisa tambahan. Proses menulis juga begitu. Proses pencarian bahan maklumat dan ditambah dengan buah fikiran untuk melengkapkan cerita yang dimulakan.

Ayuh kita lihat aneka nasi yang dihasilkan.


Nasi Dagang


Nasi Lemak Kukus

Nasi Beriani

Nasi Kerabu

Nasi Minyak

Nasi Goreng Cendawan

Petua Dari Dapur

Saya ada terbaca dalam sebuah buku mengenai petua dalam masakan. Petua-petua inilah kadangkala memainkan peranan penting dalam memberikan rasa yang luar biasa terhadap juadah yang ingin dihidangkan. Walaupun petua-petua ini mungkin dianggap perkara kecil tetapi bagi seorang yang mahir dalam bidang masakan, petua inilah yang menjadi rahsia utama dalam penyediaan makanan itu. Jom kita baca dan amalkan ketika bekerja di dapur.

Rebung Tahan Lebih Lama
- Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama, celur
rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk. Tos airnya
dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup. Isikan
bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.


 Udang Tahan Lama
- Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk
menjadikan udang tahan lebih lama, campurkan udang
tersebut dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam
peti sejuk untuk beberapa hari.


Hilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang
- Ambil segenggam garam kasar, masukkan ke dalam bekas
berisi air yang mengandungi kerang. Kemudian potong lebih
kurang 3 sentimeter pelepah pisang dan gunakan ia untuk
menggosok kulit kerang tersebut. Hasilnya dapat dilihat
dalam masa 2 minit.

Hilangkan Hanyir Ayam dan Daging
- Ambil sedikit tepung gandum dan beberapa helai daun
limau purut. Diramas bersama ayam dan daging. Biarkan
seketika.

Tip Menyimpan Sayuran
- Sebelum simpan, jangan cuci sayuran untuk mengelakkan
cepat busuk. Bagi sayuran hijau, masukkan dalam bekas
tanpa tutup dan tambah sedikit perahan limau nipis untuk
mengekalkan kesegarannya.

Melazatkan Ikan Air Tawar
- Bersihkan ikan dengan air asam jawa. Kemudian ratakan
cuka pada ikan. Bilas dengan air bersih. Bolehlah dimasak
mengikut cara anda.

Alam Melayu



Orang zaman dahulu sememangny bijak dalam bidang seni bina. Setiap perkara yang mereka kerjakan pasti akan ada kebaikannya. Kita boleh tengok dengan satu contoh iaitu seni dalam membuat rumah orang Melayu awal 40an dan 60an. Setiap aspek rumah Melayu mempunyai keistimewaannya dan begitu unik sekali. Walaupun tampak ringkas tapi ia merangkumi ciri-ciri lengkap sebuah rumah. Malahan keunikan yang terdapat pada rumah-rumah orang Melayu pada era itu sudah pun melangkaui zaman. 

Begitu juga dengan masakan Melayu itu sendiri. Masakan orang Melayu pasti ada kelebihannya berbanding masakan lain. Orang Melayu sememangnya terkenal sopan santunnya dan masakan Melayu juga dianggap sebagai jati diri orang Melayu itu sendiri. Masakan Melayu amat berbeza sekali walaupun satu rumpun. Contohnya antara Masakan Melayu Jawa dan masyarakat Melayu yang lain.