Wednesday 28 September 2011

Idea, boleh kita jadi kawan?

Ku seru-seru namamu! Datanglah, datanglah padaku kerna kuingin berdamping denganmu. Kuseru "idea" bukan benda lain. Khurafat kalau seru benda lain dan kalau percaya benda selain Yang Maha Esa. "idea, kenapa kamu sombong?", ujarku. Lantas idea berhujah. "Aku tidak sombong malah jauh sekali untuk tidak sudi menjadi temanmu, aku cuma ingin lihat sejauh mana usahamu untuk mendapatku". "Sebesar gunungkah, seluas lautankah, setinggi langitkah ataupun sehalus pasirkah,sekecil mikrobkah". Aku tertunduk diam membatu. Sememangnya usahaku sedikit sahaja. Aku berbicara lagi. "Jikalau begitu, tentu ada caranya untuk aku bersahabatkan kamu, idea". "Benar, tetapi apa yang bakal aku ucapkan ini mungkin memerlukan usaha yang keras. Kamu perlulah mengenali temanku yang lain juga. Kawan-kawanku adalah buku, bahan-bahan akademik. Berbaiklahlah kamu dengan mereka nescaya akan ku terpikat kepadamu"."Baiklah", Jawabku.



Mulakan dengan membaca cerpen-cerpen bertemakan masakan
Resipi masakan rebung ibu terdetik di kalbu

       Idea mula datang tanpa dipinta





Masak-Memasak

Masak-memasak ini sebenarnya kerja perempuan (sambil tersenyum). Salah satu tugas seorang isteri adalah meyediakan pakaian, makanan kepada isi keluarganya. Saya bukannya hendak mengata kepada perempuan yang tidak tahu memasak tetapi sekadar bercerita. Topik 'masakan' menjadi sebutan ramai khususnya para mahasiswa yang mengambil kursus penulisan kreatif sesi 2011/2012. Mungkin juga terbawa-bawa dalam mimpi.
Perutku mula berdansa dengan iramanya yang unik kerna teringatkan sesuatu yang menjadi jati diri orang tertentu.

Sedap sehingga menjilat jari.

Dr. mawar membuat kejutan yang amat halus. Halus? Kenapa? Pada pandangan saya memang kita semua sukakan banyak masakan dan kita disuruh membuat satu cerpen berlandaskan masakan yang begitu dekat dengan kehidupan seharian kita. Itulah halus kerna ia mencucuk tetapi kita tidak pula merasainya. Kita menjadi alpha akan kenikmatan sesuati masakan itu. Tidak sukar tetapi tidak pula senang. Budu masakan ke? Tidak kisahla masakan atau pun tidak tetapi ia tetap menjadi pujaan hatiku. 

Kelas Kreatif

Alhamdulillah. Aku amat bersyukur kerana nyawaku masih setia dengan temannya iaitu badan. Rakan-rakan seperjuanganku ada yang telah kembali ke tempat asalnya yakni alam lain yang diwajibkan untuk orang Muslim untuk mempercayainya. Aku menjejakkan kali di UKM ni sebagai pelajar Tahun 2. 'Senior' itulah gelaran yang dianugerahkan. Hari Khamis, jam berdetik menunjukkan 8.00 pagi. Detik saat seolah-olah malas untuk bergerak mungkin ianya menyebelahiku supaya cepat-cepat bersiap agar tidak ketinggalan menghadirkan diri ke kelas 3A510. Dr. Mawar empunya diri yang cantik jelita lagi berseri dan itulah pensyarah kami. Pertama kali melangkah semula ke alam kuliah, hatiku terkedu melihat muka-muka baru yang tidak pernah terlihat sebelum ini. "Oh, kursus ini PB tentu sahaja ramai yang mahu jadi penulis", hatiku berkata-kata.

Sesiapa pun boleh menulis seandainya punyai minat yang mendalam tanpa mengira latar belakang.
"Mata pena lebih tajam daripada mata pedang"